12 June 2008

SIAPA DIA? DIA DI MANA?


Hmm.. Dahlah tak terjawab soalan tu, ini satu lagi soalan yang sering di ketengahkan pada setiap sesi vokal... We had fun somehow trying to figure it out tapi.... DI MANA DIA?

Perbahasan di sini bukan untuk membuktikan; siapa aku? atau di mana aku? Tetapi sekadar utk mengingatkan penuntut vokal kami berapa pentingnya mengawal ego, memerhatikan adab & disiplin di dalam perjalanan menuju label yang disebut-sebut; SENIMAN. Semoga si penuntut mendapat kesedaran di dalam amalan-amalan vokalnya.

Mari kita renungkan......

Siapa aku? Jangan tanya aku lagi. Kau tanya Professor di dunia ni pun dia tak boleh nak jawab. Mari kita belajar cari si 'Aku' ini. Belajar jadi orang seni (orang seni diertikan juga sebagai berjiwa halus). Mari kita renungkan dan cari 'Aku' tapi di mana yeh?

Kepada mereka yang yakin benar bahawa batang tubuh kita ini adalah diri-diri kita yang sejati, cuba huraikan di bawah ini.

Bayangkan setiap bahagian tubuh kita ini boleh ditanggalkan dan disambung semula seperti permainan boneka anak-anak.

Mulakan dengan menanggalkan kedua-dua kakimu. Letakkan di lantai, di hadapan kamu. Tanyakan pada dirimu. "Adakah itu aku?" Sudah tentu kita akan menjawab, "Bukan! Itu kaki aku" Jadi yang ditanggalkan bukan aku tetapi kaki aku. Hmmm.....

Sekarang tanggalkan pula kedua-dua tangan dan bahagian badan kamu dengan hanya meninggalkan kepala kamu. Hmm...jangan risau... kepalamu sekarang terapung-apung di udara. Tanyakan lagi pada dirimu yang arif lagi bijaksana, "Adakah itu aku?" Sekali lagi kamu menjawab, "Bukan! Itu tangan dan badan aku" Jadi yang ditanggalkan bukan aku tetapi tangan dan badan aku.

Hmmm.....bukan lagi. Kat mana aku ni? Ha! Aku tahu. Aku di kepala!Sebab mata, mulut, hidung, telinga dan otak di kepala. Kalau aku takde mata; buta, takde mulut; bisu, takde telinga pekak, takde otak; sama macam zombie (mayat yang berjalan). Tapi ader ke zombie tu kat dunia nie? Ooooiiiy.....Ramaaaai.....

Kalau kita kat kepala je, takde jantung macam mana pulak? Tapi selama aku jadi orang, aku selalu suruh otak aku hentikan degupan jantungku tapi tak pernah berhasil. Hmm...

Baiklah, nak ringkaskan cerita, kalau dikorek kedua-dua biji mata atau telinga atau keseluruhan kepala tu sendiri dan di tanggalkan dan di letakkan di hadapan kamu, ia itu tetap dipanggil mata aku, mulut
aku, hidung aku, otak aku atau kepala aku. Kesemuanya itu BUKAN AKU! Jadi, di mana Aku yang boleh bersuara dan bernyanyi sambil mendengarkan nyanyianku. Dia juga boleh merasakan dan mempunyai mata hati untuk memandang di dalam visualisasi ghaibya sewaktu pementasan. Dengan itu, marilah sama-sama kita renungkan hal ini supaya satu hari nanti bidang yang kita ceburi ini mendapat restu.... supaya menjadi seniman hakiki. InsyaAllah...

Boleh ke bidang nie mendapat restu?

Miskin: ???