06 August 2008

SIAPA YANG LEBIH TAHU?

"Abg Wan, kita 'lebih tahu' mengenai productions. Just leave it to us lah!"
Hmm...aku tak dapat menjawab atau membalas kata-kata angkuh yang dikeluarkan oleh teman ku suatu masa dahulu. Aku hanya berserah padaNya sebab segala apa gerakan di dunia ini adalah dengan izinNya. Sembilan bulan kemudian, seperti apa yang aku jangkakan, lanjutan dari ungkapan temanku itu menunjukkan kebodohannya. Segala rundingan, idea, penghasilan skrip, aturcara, penerbitan hingga penyuntingan menghasilkan kerja 'bodoh' yang 'bodoh'. Terlalu banyak ungkapan "I tak tahu.." sewaktu penerbitan dan selepasnya.
Masih terngiang-ngiang kata-kata Wak di telingaku, "Irwan, biarkan... kerana mereka hanya mengulangi apa yang diungkapkan oleh Iblis. "Aku lebih itu..Aku lebih ini..." (Na'udzubillahi min zalik) Jangan sekali-kali engkau mengaku kepandaianmu atau keahlianmu walau satu hembusan nafas. Setiap yang mengaku tahu itu sebenarnya belum tahu apa-apa. Mereka jahil tentang apa-apa yang akan terjadi di hadapan mereka. Jika kau tahu akan hari mati mu, sudah tentu kau tidak lagi mengambil tahu tentang pekerjaanmu atau kepandaianmu. Begitu juga jika engkau tahu apa-apa yang engkau kerjakan itu hasil dari pengetahuanmu yang kukuh, sudah tentu engkau juga tahu hasilnya ialah kesudahan yang baik. Tetapi kenapa akhirnya  semua itu hanya menghasilkan kebodohan? Renungkan dan ingat pesan Wak ini".
Dari kata-kata itu aku berharap kita dapat mengambil iktibar dan menjadikan ia renungan setiap hari, setiap detik dan setiap hembusan nafas. Setiap kejadian (event) yang belum kita lalui, tiada pengetahuan mengenainya. Memang benar, pengalaman adalah sandaran kepada usaha yang perlu diambil. Tetapi pengalaman mengajar kita bahawa jika tiada kejadian, tiadalah pengalaman. Ini bermakna jika belum wujud kejadian itu, tiadalah pengetahuan dan pengalaman mengenainya. Tapi kenapa mengaku tahu? Sekarang semua itu telah berlalu dan barulah boleh kita katakan kita tahu! Setiap kejadian dijadikan berbeza-beza tapi sama. Sama tapi berbeza...... Tak yakin? Cuba renungankan apa-apa yang akan engkau hadapi. Silakan.......
Kepada 'teman': Penerbitan terjadi di sana-sini setiap detik dan hembusan. Kejadiannya sama tapi berbeza-beza pengalamannya.. Pengalamannya pun sama tapi kejadiannya berbeza-beza. Aku tak tahu. Jangan tanya aku si bodoh ini lagi.