19 December 2006

Korang Kenal Siapa Presiden Thailand?

Satu dari kebebasan seorang vokalis Melayu yang boleh membawakan lagu-lagu antarabangsa (World Music lah tu..), dengan kepelbagaian genre muzik ialah pengembaraannya ke beberapa sudut kawasan kat bumi ni. Kalau direnung-renungkan, takdelah wow sangat benda ni. You perform kat negeri sendiri atau negeri orang, sama je. Siapa sebenarnya yang menyanyi? Kat mana dia?

Tapi satu hal yang tak dapat aku lupakan ialah khidmat dan layanan baik kakitangan Di-Raja Thailand sewaktu membuat persembahan sempena hari ulang-tahun Puteri Di Raja Chulalangkorn pada tahun 1989. Tidak pernah aku merasakan layanan sebegitu oleh raja-raja di tanahair ku sendiri. Sepuluh hari di Bangkok bersama-sama delegasi dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Laos, Cambodia, Myanmar, Jepun, Korea, China dan India.

Setiap perjalanan ke tempat latihan atau persembahan atau pulang ke hotel disusuli oleh sebuah ambulan (mungkin diorang tak nak aku sakit tekak di dalam perjalanan kot), empat angggota bermotosikal Polis Tentera Di Raja setiap dua di bahagian depan dan belakang kenderaan dan yang paling best sekali ialah satu lorong jalan memang dah di’reserved’kan untuk aku. Sebenarnya jalanraya kat sana tu memang selalu sesak (which was one of the worst congested traffic in South East Asia during the 80’s) tapi lane aku ini berjalan terus dengan lancar. Ada siren pulak tu. Pemandu yang lain pun kehairanan. Siapa agaknya jejaka ni eh? Diplomat? Magistrate? Lawyer? Menteri? Have you seen at the Pan Island Expressway, kalau President nak pergi Changi Airport, temporarily the Traffic Police will block the road. Macam tu jugak we were treated. Kat Thailand takde President. Jadi saat itu aku lah President!

Kwa..kwa..kwa……!



 

0 comments: