30 November 2006

Aper Aku Dah Buat, Ha!

1987 – 1992

The Singapore Armed Forces Music & Drama Company.
- Artiste

Trained in Vocal, Music (ABRSM), Drama, Dance (Ballet, Jazz & Musical Theatre).

Institusi ini telah banyak melahirkan artis-artis tempatan yang tak perlu nak diceritakan lagi tentang kebolehan dan penampilan diorang. Antara yang korang mungkin tahu ialah Jack Neo, Dick Lee, Sheikh Tahir (dengar-dengar sekarang meniaga daging kat pasar Jurong West), Rosli Hari, Tina Melati, Gurmit Singh, Najib Ali, Gene Syahrudyn, Gani Karim, Ahmad Kassan (sekarang kat KL), Ali Anugerah (sekarang jual satay sekali-sekali buat orang gelak), Sheikh Haikel, Suzhairie Sumari (Boy), Jai Wahab, Irwan Mahpoel… ehek? Yang tu aku lah.. Kwa..kwa..kwa..
Teringat waktu mula-mula nak join MDC, antara mereka yang datang pada hari ujibakat itu ialah Art Fazil, Jefri Maulud (korang mungkin kenal dia dengan nama Jefry Brown, penyanyi Jive Talking kat Hard Rock Café. Ada yang gelar dia Boy George Singapura).

Terus terang aku ceritakan; aku tak prepare langsung apa yang nak dipersembahkan hari tu. Aku pinjam Art Fazil gitar yang dia bawak, yalah waktu tu kiter belum popular, dia pinjamkanlah gitar dia tu… Agaknya, kalau skarang aku mintak pinjam, dia gerenti letak harga, hehehe… sekadar gurau je Art eh… tak berani nak lontarkan fitnah.

Terus terang punya cerita aku teruskan… Aku dapat gitar, terus nyanyi lagu Stone in Love by Journey. Lepas tu kena berlakun, dah tu ujibakat lansing..kena joget lah tu. Hai.., seumur hidup, aku tak pernah jejak disko sebelum tu (Alhamdulillah, mak dan papa, almarhum atok dan wah banyak tinggalkan bekalan dan bimbingan Ad-Deen). Apalagi, kaku, beku tapi yang herannya, I MADE THRU THE AUDTIONS! Art dan Jefri tak made it thru but that didn’t mean they were not good. Mereka semua ni dah pun mengukir nama di persada seni tanahair. Dan selepas tu, aku pun ditabalkan menjadi Artis professional (ah..iye lah tu).

Banyak jugak aspek seni persembahan, pengurusan pementasan dan cabangannya yang aku pelajari kat sana tapi tak dapat aku nak teruskan cerita tu semua skarang. Insya’Allah akan aku coretkan di halaman khas yang lain. Banyak cerita-cerita happening oiiy..! Kisah sedih, ceria, cinta dan skandal. Tapi semua ni cerita tentang diri aku. Bukanlah nak menggadai maruah orang lain pulak. Haraam….. Kalau nak tahu rajin-rajinkanlah jari-jari korang tu lungsuri QRios selalu.

1 comments:

Anonymous said...

Sebuah cetusan autobio nampak. Interesting...I pon nak tau jugak